Sunday, August 2, 2020

Keluarga saya

Keluarga bermakna seisi rumah tangga yang terdiri daripada suami isteri atau beserta anak - anak. Saya bernama Syifa 'Nur Mardhiyyah. Saya menuntut di Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Assunta Convent. Saya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana.

          Keluarga saya terdiri daripada empat orang ahli keluarga, iaitu ayah, ibu, saya dan adik.Ayah saya seorang usahawan manakala ibu saya seorang suri rumah tangga.Adik saya, Maryam Zulfa seorang pelajar tadika di Tadika Tahfiz Negeri pahang. 

          Ayah saya seorang lelaki yang ringan tulang dan bertanggungjawab. Beliau bekerja keras untuk mencari rezeki bagi menyara hidup kami sekeluarga. Walaupun beliau sibuk bekerja tetapi beliau tetapi meluangkan masa untuk menemani kami. Ibu saya seorang wanita yang tegas dan prihatin. Beliau menjaga kami bagai menatang minyak yg penuh.


















          Saya ialah anak sulung dalam keluar arga saya. Hubungan saya dengan adik sangat erat seperti isi dengan kuku. Kami berkongsi minat yang sama iaitu membaca dan menghafaz al-quran. Kami sangat mengambil berat antara satu sama lain. 

          Pada hujung minggu, ayah dan ibu akan memeriksa bacaan al-quran kami dan meluangkan masa menemani kami menghadiri latihan taekwondo. Pada cuti sekolah pula  kami akan makan angin di dalam ataupun di luar negeri. Ayah berpendapat, jauh perjalanan luas pengetahuan. Justeru, kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung.

          Saya amat bersyukur kerana mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Saya berharap agar kami sekeluarga dapat hidup bersama hidup bersama selama-lamanya. 

No comments:

Post a Comment

Surah Al-Waqiah