Pada tahun ini, saya berumur sebelas tahun. Tarikh lahir saya ialah 9 haribulan Disember 2009. Saya dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.
Saya tinggal di rumah yang beralamatkan No 70, Jalan Semambu Baru, 25300, Kuantan, Pahang. Saya tinggal di rumah teres. Rumah saya berwarna hijau dan kuning.
Saya bersekolah di Sk Assunta Convent Kuantan.Nama kelas saya 5 Emerald.Setiap kelas mesti mempunyai guru kelas. Nama guru kelas saya ialah Puan Siti Azlinah binti Abdul Rahman. Beliau seorang guru yang tegas tetapi penyayang.
Pada kesempatan yang ada, saya akan meluangkan masa untuk membaca dan menghafaz ayat - ayat suci al Quran. Saya begitu gigih melakukan hobi ini kerana saya bercita - cita menjadi seorang huffaz profesional.Saya turut memperolehi ganjaran pahala apabila membacanya dengan ikhlas.















